Apa tu hantaran kahwin?
Hantaran ni adalah hadiah yang diberikan dari pihak lelaki kepada pihak perempuan atau sebaliknya. Selain mas kahwin dan wang hantaran, hadiah juga kita bagi semasa majlis perkahwinan atau pertunangan.
Perlu faham bahawa hantaran ni bukanlah wajib, ia hanyalah adat sahaja. Gambar diatas adalah contoh hantaran untuk tunang atau kahwin.
Ada ke adat hantaran ni?
Ada je adat yang dilakukan oleh orang dulu-dulu. Antaranya, pihak lelaki akan dapat hantaran lebih jumlahnya berbanding perempuan. Selalunya akan lebih 2 dari pemberian hantaran yang diberi pihak perempuan.
Contohnya, hantaran kahwin 3 balas 5 atau hantaran kahwin 5 balas 7. Dimana bilangan 3 atau 5 untuk pihak perempuan dan 5 atau 7 untuk pihak lelaki.
Jadi, kalau korang tengah mencari idea hantaran untuk majlis korang, jom baca bawah ni. Ada hantaran kahwin mewah, simple, cantik, berpatutan dan macam-macam lagi!
Sementara tu, kalau korang tengah cari idea doorgift, boleh baca artikel kitorang.
Table of Contents
Idea Hantaran Untuk Lelaki dan Perempuan
Beg Tangan
Tak perlu jenama beg seperti Gucci, LV atau sebagainya. Original punya je harga dah beribu! Cukup dengan bag tangan yang berpatutan dan berkualiti.
Minyak Wangi
Perfume juga adalah hadiah terbaik untuk diberi pada lelaki dan perempuan. Sebabnya, harganya tak mahal sangat dan boleh dipakai sehingga berbulan-bulan.
Dan paling penting, korang jugak yang dapat hidu bau tu. Bijak kan?
Antara minyak wangi yang terbaik adalah;
- Yves Saint Laurent Black
- Coco Mademoiselle
Untuk tengok yang lain dan harga marhaen sikit, boleh klik butang bawah ni
Jam Tangan
Mungkin ada yang kata jam adalah satu benda yang mahal untuk dibeli.
Well, memang jam sedikit mahal, antara 300 sampai beribu, tapi, boleh pakai sampai hujung nyawa. Jam jarang rosak, cuma perlu pastikan kita jaga dengan betul dan selalu tukar bateri bila mati je.
Selain tu, ada jugak couple atau set jam tangan. Bila beli set macam ni, akan dapat jam tangan lelaki dan perempuan sekali, jimat duit dan masa! Selalunya sama design macam gambar ni;
Kasut
Kasut untuk hantaran ni sama juga macam jam. Beli agak mahal, tapi bertahan lama. Boleh ditambah ke dalam koleksi kasut yang sedia ada!
Satu lagi, memang best bila boleh matching kasut dengan pasangan kita kan?
Bukan kasut formal je tau orang bagi sebagai hantaran, kasut sukan, sneakers, jogging pon ada!
Set Makeup
Alat solek dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan lagi.
Kalau korang cari hantaran untuk perempuan, ni menjadi antara hadiah yang wajib diberi. Sebab apa? Harga make up tak murah, tapi boleh pakai lama!
Tak perlu bagi yang mahal pon, cukup sekadar yang mampu je. Boleh tengok harga kat bawah ni;
Pakej Bulan Madu
Apa lagi yang menarik dan mengujakan daripada percutian bulan madu atau honeymoon selepas berkahwin kan?
Apa kata hadiahkan pakej honeymoon kepada pasangan sempena fasa baru dalam hidup korang? Korang juga boleh baca Aktiviti Menarik di Langkawi untuk idea bulan madu korang!
Jom tengok tempat bulan madu yang menarik!
Sebelum tu, jangan lupa gunakan kod BetterOnApp untuk 5% diskaun!