Idea Doorgift Kahwin Untuk Majlis Anda

Nak cari idea untuk hadiah kepada tetamu majlis korang? Ni ada beberapa cadangan dari kami yang mungkin boleh membantu! Jom baca...

Doorgift Exclusive warna putih dan gold

Zaman dulu, orang bagi bunga telur untuk majlis kenduri seperti kahwin atau tunang. Sekarang, ada juga yang bagi, tapi dah berkurangan. Kita sekarang memberi doorgift sebagai tanda kenang-kenangan dan juga tanda terima kasih untuk tetamu yang sudi menghadiri majlis.

Nak mencari idea untuk doorgift ni bukan senang, tapi, kat sini kitorang sediakan beberapa cadangan dari doorgift yang murah sehingga yang exclusive.

Table of Contents

Box Doorgift

Pertama sekali, kita kena cari bekas nak letak hadiah tu. Sekarang ni ada yang beri kotak ataupun paperbag untuk simpan doorgift ni.

Bawah ni antara design yang menarik;

 

kotak doorgift

Paper Material: 250gsm Coated 1 Side Art Card

Size: 12.5 x 5.5 x 14cm

kotak-2

Material: Paper card

Saiz: 6.5CM x6.5CM x4.5CM

handbag doorgift-min

MATERIAL : PU Leather

SIZE: 6cm (lebar tapak) x 12cm (tinggi) x 20cm (panjang)

Doorgift Gardenia

Ini dah menjadi trend beberapa tahun kebelakangan ni. Doorgift pelik dan menarik menjadi pilihan pasangan pengantin.

Sebagai contoh, bagi roti gardenia sebagai hadiah kepada tetamu. Seperti bawah ni;

 

doorgift roti gardenia

Dengan kotak yang cantik ni, korang jugak akan dapat roti Gardenia untuk diberi kepada tetamu.

Kicap Jalen

Selain roti Gardenia, kicap pon menjadi hadiah menarik untuk tetamu majlis korang. Tradisi ni dah lama dekat kawasan Utara, macam Kedah. Selain kicap, sos juga dijadikan doorgift.

Hadiah kicap seperti di bawah ni;

doorgift-kicap-jalen

Bagi kicap kat tetamu sebagai hadiah ni pun menarik jugak, orang boleh guna untuk makan! Sebulan jugak orang akan terkenang majlis korang.

Beras

Beras juga dah banyak majlis bagi sebagai hadiah kepada para tetamu.

Beg kecil ni memang sesuai diberi hadiah dan mudah dibawa.

beras Faiza Mogul

Syarikat Faiza ada sediakan pakej kecil untuk beras Moghul dan juga Pusa dia.

Makanan

Selain barang-barang macam kat atas ni, majoriti pasangan akan bagi makanan kepada tetamu. Antaranya, gula-gula, brownies, biskut dan juga kuih. 

Ni bukan orang tua je suka, kanak-kanak pon suka! So setiap lapisan umur akan happy bila dapat ni.

doorgift-gula-gula

Gula-gula, sesuai bagi sebagai doorgift untuk kanak-kanak. Tapi, mak bapak pon ada yang suka jugak!

doorgift kahwin

Ni doorgift yang menarik sebab sedap, mudah dibawa dan mudah. Setiap paket dah siap satu keping

cookies

Macam pakej ni, ada tiga jenis flavor. Brownies, red valvet dan chocolate chip. Senang. Satu pakej, tiga rasa.

kurma wedding

Bagi kurma juga agak menarik. Selain dapat merasa makanan sedap, kita juga menghidupkan sunnah Nabi.

Exclusive

Last sekali, kita akan senaraikan doorgift kahwin exclusive untuk mereka yang bajet lebih besar sikit dari biasa.

sejadah

Sejadah. Dalam set ni, sejadah ni diberi di dalam kotak dan senang nak bagi kepada tetamu.

Kalau bukan untuk semua, mungkin untuk keluarga pengantin atau VIP sangat sesuai.

Tasbih

Ni satu gift yang kecik dan mudah diberi kepada orang. Tetapi, pahala yang dapat kepada tuan rumah, adalah sangat banyak!

tuala hadiah pink

Ni hadiah yang sangat menarik dan ekslusif. Bukan dapat 1, tapi 2 tuala sebagai doorgift kepada tetamu yang datang. Lain daripada yang lain betul!

Lilin hadiah

Satu gift yang dapat digunakan lama oleh penerimanya! Setiap kali diorang tengok lilin ni, mesti teringat betapa hebatnya majlis kahwin korang!

So, diatas adalah beberapa cadangan dari kami. Selain dari tema, pelamin dan sebagainya, korang juga boleh tengok idea doorgift menarik lain.

Nak Cantik Di Majlis Korang Nanti?

Hubungi kitorang sekarang untuk dapatkan pelamin untuk majlis tunang atau kahwin korang nanti! Jangan risau, tanya free je! :)

Recent Posts

Follow Us